Nasib COO FELCRA akan ditentukan esok, perakam video juga tidak terkecuali


Pengerusi FELCRA, Datuk Nageeb Wahab berkata, nasib Ketua Pegawai Operasi (COO) FELCRA Berhad, Mohd Khairi Mahamor, yang videonya meninggikan suara terhadap beberapa kakitangan agensi sehingga viral di media sosial, akan ditentukan esok. 

Beliau berkata, Lembaga Pengarah agensi itu akan berbincang mengenai perkara itu bagi menentukan tindakan selanjutnya. 

Walau bagaimanapun, beliau menjelaskan kejadian itu adalah perkara biasa dan ekspresi seorang pegawai kanan ketika bertugas di ladang. 

"Kami setuju mungkin dia dalam keghairahannya untuk membuat perubahan, jadi dia terlepas cakap.

"Tapi dia tak guna bahasa lucah kan, dia hanya marah dengan kakitangan. Cuma yang pastinya kami akan uruskan hal itu," katanya kepada media. 

Difahamkan, video itu dirakam salah seorang kakitangan ketika Mohd Khairi memarahi kakitangan di ladang kelapa sawit di Kampung Serambi, Pekan, Pahang. 

Nageeb juga berkata, nasib individu yang merakam dan menyebarkan video tersebut akan ditentukan esok. 

Sumber: Harian Metro

BERITA BERKAITAN:
Loading...