Pesakit ICU dirogol 3 kakitangan hospital


Seorang wanita mendakwa dia telah dirogol tiga kakitangan hospital ketika dia sedang dirawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di India, lapor Daily Mail

Menurut suami mangsa, isterinya dimasukkan ke ICU di sebuah hospital di Meerut, Uttar Pradesh, kerana mengalami masalah pernafasan di mana dia diberi suntikan dan dibius sebelum dirogol tiga lelaki terbabit. 

Sumber polis berkata, kamera rakaman litar tertutup (CCTV) di bilik ICU juga telah ditutup ketika kejadian itu berlaku. 

Pegawai Polis Kanan, Harimohan Singh mengesahkan kejadian itu yang berlaku pada Ahad. 

Susulan kejadian itu, empat lelaki dan seorang wanita telah ditahan dan disoal siasat. 

Minggu lalu, kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dirogol oleh abang dan bapa saudaranya sebelum dicekik dan kepalanya dipenggal di Madhya Pradesh.
Loading...