Tak puas hati dipecat 2 kali, bekas pekerja kelar leher majikan sampai mati

FOTO KANAN, LIN XINJIE

Seorang lelaki dari Malaysia telah dipecat oleh majikannya di Singapura kerana tidak menunjukkan prestasi kerja yang diharapkan. 

Lin Xinjie, 30, salah seorang daripada tiga pengarah syarikat Jiji Singapore memberitahu Yee Jing Man, 22, kerana kerap ponteng kerja dan mengambil cuti. 

Yee yang kecewa kemudian beredar dari syarikat itu, tetapi kembali semula pada waktu tengah hari semasa kebanyakan kakitangan syarikat itu keluar makan tengah hari. 

Yee kemudian ternampak Lin, yang masih berada di pejabat, lalu mengeluarkan pisau dari begnya terus menyerang dan mengelar leher mangsa dari belakang. 

Li Mingqiao, 29, juga pengarah syarikat itu, cuba menghalang Yee tetapi mengalami kecederaan. 

Mangsa terbaring berlumuran darah di lantai, Yee kemudian menikam dadanya sendiri.

Apabila polis tiba di lokasi kejadian, Yee telah ditangkap atas dakwaan membunuh dan polis turut merampas senjata yang digunakannya sebagai bukti. Manakala, mangsa pula disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. 

Suspek dan mangsa kedua dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat untuk mendapatkan rawatan. Mayat mangsa juga turut dibawa ke hospital yang sama. 

Menuru bapa kepada Lin, suspek telah bekerja dengan anaknya selama lima tahun tetapi sejak dua tahun lalu, suspek kerap ponteng kerja. Surat amaran juga telah diberi, tetapi tiada perubahan menyebabkan Lin terpaksa memecat suspek. 

"Apabila dia (suspek) merayu untuk diberi peluang kedua, Lin menerimanya semula. Malangnya suspek tidak memanfaatkan peluang itu sehingga menjejaskan operasi syarikat. 

"Lin terpaksa mengambil keputusan untuk memecat Yee buat kali kedua," katanya. 

Yee telah didakwa hari ini atas dakwaan membunuh majikannya dalam kejadian Isnin lalu sekitar jam 12.55 tengah hari hingga 1.03 tengah hari.

Sumber: AsiaOne
Loading...