(Video) 'Ingatkan dia berhenti untuk jawab phone, rupanya....'


Golongan wanita di Seksyen 7 Shah Alam yang kerap menggunakan pengangkutan awam dinasihatkan untuk berwaspada berikutan berlakunya gangguan seksual baru-baru ini yang sempat dirakam orang awam.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3.38 petang Selasa di pondok perhentian bas Seksyen 7, gadis yang dikenali sebagai Fyfie pada awalnya tidak mengesyaki perkara yang tidak baik dengan kehadiran penunggang motosikal itu. 



"Ada seorang pakcik naik motosikal, tapi dia berhenti di perhentian bas sekejap. Tengok dia macam on call, jadi buat tak tahu sajalah. 

"Kemudian saya perasan dia macam menggaru-garu alat sulitnya. Ingatkan gatal ke apa, saya biarkan saja. 

"Apabila bas Rapid pun dah sampai, saya naik dan duduk di kerusi belakang yang menghadap ke arah pintu belakang bas. Pakcik itu dengan tiba-tiba menyelak jaket dan.... 

"Yeah, ternampak alat sulitnya sebab dia memang sengaja nak tunjuk. Tetapi masih buat tak tahu dan saya beranikan diri untuk merakam video ini.

"Please, tolong viralkan pervert ini dan kongsikan kepada rakan-rakan lain terutamanya golongan wanita. Ramai pelajar-pelajar UiTM Shah Alam duduk luar, berhati-hati ye semua," katanya. 

Difahamkan, Fyfie telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu untuk tindakan lanjut.

Loading...