(Video) Pekerja berani halang suspek samun stesen minyak


Keberanian seorang pekerja stesen minyak menghalang seorang penjenayah dari mencederakan dua rakan setugasnya (wanita) dan menyamun stesen itu berjaya menggagalkan percubaan lelaki itu. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 7.30 malam Selasa di sebuah stesen minyak di Gadong, Nilai, terdapat lima pekerja di premis itu. 

Suspek yang memakai penutup mulut masuk ke premis dan menghunus parang ke arah tiga pekerja yang berada di kaunter bayaran. 

Suspek mengarahkan mereka menyerahkan wang tunai, namun berlaku pergelutan di antara suspek dengan seorang pekerja lelaki. 

Di kesempatan itu, dua pekerja wanita terbabit yang ketakutan, melarikan diri keluar dari premis itu. 

Pengurus yang berada di dalam pejabat menyedari kekecohan yang berlaku di luar cuba keluar untuk membantu. 


Merasakan cubaannya untuk menyamun premis itu gagal, suspek terus berlari keluar dan masuk ke dalam kereta Proton Saga berwarna kelabu, memecut ke arah Sepang. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar mengesahkan kejadian itu dan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) juga telah diteliti serta mendapati nombor pendaftaran kereta dipandu suspek adalah palsu. 

Polis kini sedang giat memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro
Loading...