(Video) Penyamun pulangkan wang RM1,516 selepas mendapati akaun bank mangsa tinggal kosong


Kemuliaan seorang penyamun ini membuatkan netizen kagum selepas dia mengembalikan wang yang dicuri kepada mangsanya setelah dia menyemak baki akaun bank wanita berkenaan. 

Berdasarkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari bank dalam kejadian yang berlaku pada waktu malam akhir Februari lalu di Guangdong, China, mangsa yang dikenali sebagai Li sedang mengeluarkan wang dari mesin ATM. 

Penyamun terbabit yang membawa pisau muncul di belakang mangsa. Bimbang dengan keselamatan dirinya terancam, Li menyerahkan wangnya berjumlah 2,500 yuan (RM1,516) yang baru saja dikeluarkan dari mesin. 

Tidak berpuas hati dengan jumlah itu, suspek meminta mangsa menunjukkan baki akaunnya. 

Bagaimanapun, selepas mendapati akaun mangsa sudah kosong, suspek memulangkan semula wang itu kepada Li, sebelum meninggalkannya dengan senyuman. 

Malangnya, kemuliaannya itu sia-sia kerana tidak beberapa lama selepas kejadian itu, suspek ditangkap untuk tindakan lanjut. 


Sumber: Shanghaiist
Loading...