2 cedera dalam letupan


Petronas mengesahkan berlaku letupan dan kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang pada awal pagi tadi. 

"Pasukan kecemasan dan kebakaran kami telah dikerahkan ke lokasi kejadian dan api dapat dipadamkan dalam 30 minit kemudian. 

"Ketika ini situasi dalam keadaan terkawal dan pihak berkuasa telah pun dimaklumkan mengenai kejadian tersebut. 

"Punca kejadian masih dalam siasatan dan maklumat lanjut akan disalurkan kemudian," kata kenyataan itu. 


Sementera itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah mengesahkan dua warga tempatan yang mengalami kecederaan dalam kejadian itu. 

Kedua-dua mangsa itu kini sedang dirawat di Pusat Kecemasan Perubatan Rapid Pengerang sebagai pesakit luar. 

"Pihak kami menerima laporan pada jam 1:20 pagi berhubung insiden kebakaran kecil berlaku di salah satu lot tapak projek.

"Siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian akan dilakukan bersama Jawatankuasa Keselamatan dan Sosial (JAKSAS) Negeri Johor, Jawatankuasa Bencana Peringkat Daerah dan pihak Pengurusan Keselamatan Petronas Rapid Pengerang," katanya. 

Difahamkan, tingkap di beberapa buah kediaman penduduk dan bangunan juga pecah akibat dari kesan letupan tersebut.


Sumber: Astro Awani

LAPORAN BERKAITAN:
Loading...