'Ada sekali tu aku nampak dia menangis' - Netizen kongsi rakan sekerjanya (Bangladeshi) tenung gambar anak setiap hari


Bekerja di perantauan, pastinya membuatkan golongan perantau rindukan keluarganya setiap masa. Tetapi apakan daya, rezeki perlu dicari dan terpaksa berjauhan untuk tempoh masa lama demi menyara keluarga di kampung.

"Ini kawan saya, Nobir, warga Bangladesh. Hampir setiap hari ketika waktu makan tengah hari, dia akan merenung gambar anaknya dan senyum.

"Adik, pastikan awak balas balik usaha dan pengorbanan bapa awak. Jagalah dia selepas itu. Pengajaran untuk saya juga," katanya. 



Menurut @Azgheenroslan, Nobir dan rakan sekerjanya mula bekerja dari jam 7:00 pagi hingga 10:00 malam dan membuat panggilan video kepada keluarganya selepas pulang bekerja. 

Tersentuh dengan perkongsian itu, ada beberapa netizen juga berkongsi mengenai rakan sekerja mereka dari negara lain yang turut merindui keluarga mereka. 



"Ini Harka, dari Nepal. Masuk ladang cari line. Lepas tu video call dengan anak bini setiap hari jugalah rasanya," kata Haikal. 



"Sama dengan dia ni. Hari-hari dia video call bini dia time rehat. Ada sekali tu aku nampak dia menangis, mungkin sebab dah lama tak balik kampung," kata @arifmna. 

"Minggu lepas celebrate birthday adik kat KFC. Then ada dua orang warga asing datang nak ambil gambar dengan adik. Dia cakap dia ada anak perempuan juga. Lepas tu dia nyanyikan untuk adik. Nampak muka dia memang dia rindu anak dia mungkin," kata @ztinzm_. 
Loading...