Antara sebab rumah tangga tak bahagia, semua benda isteri kena buat


Hari itu saya ada berjumpa dengan seorang bekas cikgu saya dekat sebuah shopping complex. Walaupun lama saya tak jumpa dia tapi cikgu is still cikgu, dia masih ingat nama saya siap mentioned full name.

Dah habis sembang, saya pun ikut teman dia dengan bini dan anak dia ke kereta. Apa yang saya pelik, cikgu saya tadi laju je tolak troli ke kereta dia. Tinggalkan anak bini dia, jalan dengan saya kat belakang.

Dalam hati saya terdetik, apalah cikgu saya ni tak romantik langsung la. Tunggulah bini dia ni, kan? Tapi yang peliknya bini dia rilek je, takde la nak panggil-panggil marah suami dia ke apa. Senyum je dia saya tengok.

Bila sampai kat kereta, rupa-rupanya cikgu saya tadi dah siap angkat barang semua dan enjin kereta dah hidup dah. Bila isteri dia sampai dia siap buka pintu ke bini dia. Bertambah senyuman bini dia saya tengok.

Saya belajar sesuatu hari itu.

Kadang-kadang kita kena buat post mortem perkahwinan kita. Antara sebab perempuan tak berapa nak bahagia ialah kerana semua benda dalam rumah dia nak kena buat. Dorang kena lalui rutin yang memenatkan sepanjang 24 jam. Tensyen woi. Dah lah penat kat tempat kerja lagi.

Yang suami pula, bila isteri nak ambil nafas rehat sikit mulalah order suruh buat nescafe tarik nipis kurang manis. Tahu order je dengan bini. Lambat sikit dikatanya isteri derhaka, tak ikut cakap suami.

So, pada saya cikgu saya dah ajar bahawa kebahagiaan kaum perempuan ini ialah apabila kaum-kaum suami ini mempermudahkan kerja mereka.Mempermudahkan ini maksudnya bukan isteri jadi queen control, tapi suami kena faham dan alert bila masa dia boleh bantu bini dia buat kerja rumah.

Contohnya suami tengok isteri dia dah siap basuh baju, jadi permudahkanlah isteri dia dengan menghantar baju untuk dikeringkan di dobi. Ataupun kalau isteri dah siap masak, suami tolonglah letak nasi dalam pinggan. Ataupun kalau suami tengok isteri berpeluh-peluh gosok baju, permudahkanlah isteri dengan beli iron steam Phillips. Pastinya semua perempuan akan senyum lebar macam isteri cikgu saya tadi. Betul tak akak-akak?

Kata kuncinya, PERMUDAHKAN ISTERI.

So pada semua suami, jadilah pasangan yang menyenangkan, bukan menyusahkan.

Hari itu, cikgu saya dah ajar tentang ilmu yang cikgu saya tak ajar dalam kelas dia iaitu ilmu tentang apa yang dinamakan sebagai 'mencari kebahagiaan hakiki'.

Yang nak share dipersilakan, yang yang tag pasangan dialu-alukan. Semoga bermanfaat untuk kebahagiaan kita dunia dan akhirat. Yelah kita bukan sekadar nak jadi pasangan bahagia kat dunia sahaja kan, kat akhirat pun kita nak sama-sama pimpin tangan pasangan kita masuk syurga, betul tak?

Loading...