'Benda boleh elak, buat apa sibuk nak melayan?!' - Joy Revfa


"Saya mewakili janda-janda kat Malaysia ini tak berminat langsung pun 'suami orang'. Benda boleh mengelak, buat apa sibuk nak melayan?!" demikian tulis Founder MERVE Cosmeticm Joy Revfa berhubung isu kecurangan melibatkan seorang pendakwah yang sedang hangat diperkatakan. 

Bagi Joy, kecurangan itu dapat dielakkan sekiranya wanita yang didekati itu tidak melayani golongan 'suami orang' yang cuba rapat dengan mereka dan mengambil inisiatif untuk menyekat mereka di media sosial. 

"Ingat, jangan bagi ruang dan peluang untuk 'suami orang' itu cuba mendekati kita. Terus pasang niat sebab nak bantu isteri dia dan anak-anak dia untuk mengelakkan kecurangan berlaku. 

"Kalau ada yang cuba nak DM mengatal tu, just block saja atau ugut dia akan screenshot mesej dia itu dan bagi kepada keluarga atau isteri mamat tu," katanya di Instagramnya. 

Jelas Joy lagi, golongan isteri juga perlu mengambil tahu aktiviti atau kegiatan seharian suami mereka. Begitu juga dengan kata kunci akaun media sosial milik suami perlu disimpan kerana media sosial sekarang antara punca terbesar golongan suami curang. 

"Isteri pun kena tahu password telefon suami, password Instagram, Facebook semua itu kena pegang. Pantau kegiatan suami! Jangan dibiarkan saja," ujarnya. 

Dalam kenyataan itu, Joy mendedahkan dia pernah didekati oleh golongan ilmuan agama yang tanpa segan dan silu meminta gambar seksinya.

"Lelaki setia zaman sekarang ini dah semakin pupus sebab kecurangan berada di hujung jari je. Terutama golongan 'Ustaz Syed Hamadi' inilah semakin ramai. 

"Ada beberapa ustaz selebriti 'suami orang' tak segan silu pun mesej nak tengok gambar Joy di rumah berbaju seksi. Depa tak fikir, kalau kita viralkan screenshot itu, baru tahu langit tinggi ke rendah.

"Yang penting, jangan start layan! Anda mampu mengubahnya. 

"Biasa 'suami orang' itu romantik, helok, berduit semua disebabkan rezeki dari isteri dia. Isteri dia makeoverkan, bagi wangi dan bersusah payah, upload gambar-gambar di Instagram bahagia-bahagia. Tiba-tiba kau datang nak main cantas je, apahal? Dulu waktu busuk tak nak pulak!" katanya. 



Saya mewakili JANDA-JANDA kat Malaysia ni tak berminat langsung pun “suami orang”.. Benda boleh mengelak, buat apa sibuk nak melayan..?! Ingat, Jangan bagi RUANG & PELUANG sedikit pun utk “suami org” tu cuba dekati kita.. Terus Pasang Niat sebab nak bantu isteri dia & anak2 dia utk mengelakkan kecurangan berlaku.. . Kalau ada yg cuba nk DM mengatal tu, just block je.. atau ugut dia akan screenshot msg dia tu bagi kt family/wife mamat tu.. Isteri pun kena tahu password phone suami, IG pass / FB pass tu semua kena pegang.. PANTAU kegiatan suami! Jgn dibiarkan je.. 😡 Lelaki SETIA zaman skrg ni dh smakin pupus sbb kecurangan berada di hujung jari je.. Terutama golongan “Ustaz Syed Hamadi” ni lah smakin ramai.. Ada beberapa “ustaz celebrity suami orang” tak segan silu pun msg nak tgk gambar joy kat rumah berbaju seksi.. Depa tak fikir jap lg kita viral screenshot tu baru tau langit tinggi ke rendah 😤 Yg penting, JANGAN START LAYAN..! #andamampumengubahnya . . P/S : biasa “suami org” tu romantik/helok/berduit semua disebabkan rezeki dari isteri dia.. isteri dia makeoverkan, bagi wangi & bersusahpayah.. upload gmbr2 kat IG bahagia2. Tiber kau dtg nak main cantas je pehal..? 😡 dulu waktu busuk tak nak pulak! . Ikhlas, - Joy Revfa - . . So siapa yg still BUJANG/TAKDE GF/TUNANG tu, peluang terbuka luas utk kami para2 Janda ni nak mengenal hati & budi anda 😉 tag siapa lelaki single kt sini 😂 #tiber Jap lg jgn ada yg suh joy bukak Agency Mencari Jodoh utk Para Janda pulak yer 🤣
A post shared by Founder of MERVE Cosmetics (@joyrevfa) on

Sumber: Joy Revfa