Di usia 20 tahun, dia disahkan hidap penyakit bronkitis berpunca dari asap rokok


Usaha Kementerian Kesihatan Malaysia menuntut hak masyarakat bukan perokok untuk menghirup udara bersih ketika makan di premis makanan mendapat pelbagai reaksi positif. 

Namun begitu, ada segelintir perokok ini seperti tidak mahu memahami dan ada juga yang membawa kes ini ke mahkamah dengan alasan perokok berhak merokok secara bebas di mana-mana. 

Jika begitu, mereka mungkin seronok membunuh ahli keluarga sendiri dan orang awam yang tidak bersalah dengan asap rokok mereka. 

Dalam kes terbaru, seorang remaja berusia 20 tahun disahkan menghidap penyakit bronkitis. Puncanya? Asap rokok. 

"Remaja ini dirujuk kerana mengalami batuk teruk yang berpanjangan. Gejala utama yang dialami adalah batuk berkahak sehingga menyebabkan sesak nafas. 

"Pelbagai rawatan termasuk segala jenis ubat batuk dan antibiotik telah diberi, namun gejala masih tidak reda. 


"Xray mendapati terdapat radang kronik di saluran pernafasan. Saluran pernafasannya nampak sempit dengan mukus yang banyak. Anehnya, dia tidak pernah merokok. Apakah yang menyebabkan paru-parunya menjadi begini? 

"Pada usia 20 tahun, beliau telah disahkan menghidap penyakit bronkitis. Puncanya adalah akibat terdedah kepada asap rokok dari persekitaran," demikian perkongsian dari Public Health Malaysia

Bagaimana? Anda (perokok) masih mahu terus berdegil menghembus asap rokok demi kepuasan anda sendiri atau menyebabkan orang lain yang tidak bersalah itu mati kerana asap rokok anda? 
Loading...