Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Dia terus masuk rumah tanpa izin' - Lelaki disyaki menyamar sebagai pekerja penapis air didakwa tipu penduduk

0

Satu kes penipuan dikesan berlaku di sekitar daerah Johor pada 23 April lalu. 

Berdasarkan status yang dimuat naik oleh Peon JB, Seorang lelaki yang menggalas beg mengaku dirinya dari syarikat penapis air datang ke rumah penduduk Taman Molek, meminta untuk memeriksa penapis air. Lelaki terbabit juga dikatakan terus masuk ke rumah tanpa dipelawa atau meminta izin dari tuan rumah. 

“Semalam 23/4/19 pada pukul 6 hingga 7 petang, seorang lelaki datang dengan membawa  beg galas konon dari syarikat penapis air Taman Molek dan nak tengok penapis air. Lelaki ni terus masuk ke rumah tanpa dipelawa dan terus ke dapur untuk tengok penapis air,” kata sumber.

Selesai membuat pemeriksaan, lelaki itu terus berunding dengan tuan rumah dan mengeluarkan resit-resit serta dokumen selain memberi penjelasan mengenai penapis air.

“Setelah itu, dia nak deal dengan orang rumah siap keluarkan kertas dan resit-resit sekali. Di situ dia bagi penerangan, konon dia akan bagi penapis air siap dengan stand water agar pengguna senang menggunakannya,” katanya. 

Mangsa pula seperti dipukau, hanya mengangguk tanpa berfikir panjang lalu menyerahkan wang kepada lelaki ini. 

Difahamkan, lelaki ini sedang aktif melakukan kegiatannya di sekitar kawasan Seri Alam.

“Mangsa hanya akan mengiakan sahaja tanpa fikir panjang sehingga bagi duit pada lelaki ini. Lelaki ni kata bagi deposit, bila nak ambil duit dia kata nak RM400 harga full.

“Tolong berhati-hati semua, dia aktif di Seri Alam dan sekitarnya. Tolong semua, pastikan dia adalah staff sebenar dari syarikap penapis air. Siap-siap dengan telefon. Sebarkan.”

Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dengan kes penipuan seperti ini. Jika pelanggan Coway, Cuckoo atau jenama penapis air yang lain, pelanggan akan dihubungi sebelum cody datang ke rumah untuk melakukan servis. Dan mereka juga boleh dikenalpasti melalui uniform yang dipakai.

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram