'Dia yang berhutang, rumah & kereta orang lain yang kena simbah cat merah'


Penduduk di sebuah kejiranan di Klang terkejut apabila kenderaan dan kediaman mereka disimbah dengan cat oleh dua individu yang dipercayai ceti haram dalam kejadian yang berlaku pada awal pagi, Selasa 2 Mac lalu.

Kejadian itu berlaku pada jam 3:30 pagi di Taman Pendamar Indah, 14 buah rumah dan 18 buah kereta disimbah dengan cat merah ketika semua penduduk masih tidur.

Menurut Lim, 36, adik beradik kepada peminjam wang ceti haram itu berkata, depan rumahnya disimbah dengan cat merah dan beberapa kediaman jirannya turut menjadi mangsa. 

Lim bukan sahaja menerima surat amaran, tetapi juga menerima panggilan dan mesej dari pihak terbabit dari Singapura yang mengatakan tindakan melaporkan kejadian itu kepada polis akan membawa padah. Ceti haram itu turu menghantar klip video mereka membakar sesuatu yang dipercayai bertujuan mengugut untuk membakar rumah Lim. 

Lebih teruk lagi, mereka turut menamakan Lim sebagai penjamin kepada adiknya yang membuat pinjaman wang itu, biarpun Lim menegaskan dia sudah lama tidak berhubung dengan adiknya itu serta tidak pernah menandatangani sebarang borang untuk menjadi penjamin. 

"Saya tiada pendapatan tetap dan tidak mampu menyelesai masalah hutang dia. Ibu saya sakit dan saya perlu menjadi dia," katanya. 

Ekoran kejadian itu, jiran-jiran yang terjejas terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk membersihkan kesan cat dari kenderaan mereka. 

Salah seorang mangsa terpaksa berputih mata apabila tiga keretanya disimbah dengan cat dan dia terpaksa membayar kos RM1,400 untuk membersihkan kesan cat itu bagi setiap satu keretanya. 

Kejadian itu sangat memalukan dan Lim terpaksa membuat permohonan maaf terhadap jirannya dan terpaksa keluar dari rumahnya. 

Lim mengesyaki, adiknya yang berusia 34 tahun berhutang dengan 10 ceti haram yag berlainan dan dia telah lama dibuang keluarga kerana menghisap dadah serta mencuri wang ahli keluarganya sendiri. 

Kejadian itu tidak berhenti, ceti haram itu juga mengugut mahu membakar kereta dan rumah selagi wangnya tidak dibayar. 

Bimbang dengan keselamatan semua pihak, Lim serta jiran-jirannya membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. 

Sumber: World of Buzz