Dua pelancong wanita dakwa dicabul jurulatih skuba ketika menyelam di Sabah


Dua pelancong wanita dari Shenzhou, China, datang ke Malaysia pada Mac 2019 dan telah mengunjungi Semporna, Sabah, untuk melakukan aktiviti menyelam di laut. 

Memandangkan seorang tenaga pengajar diperlukan untuk menemani mereka ketika melakukan aktiviti itu, agensi pelancongan tempatan telah menetapkan seorang pengajar skuba untuk bersama mereka. 

Tidak beberapa lama selepas ketiga-tiga mereka menyelam di dalam laut, pengajar terbabit mula mencabul mereka dengan menyentuh bahagian sulit tetapi berpura-pura seperti tidak sengaja berbuat demikian. 

"Oleh kerana ini merupakan pengalaman pertama saya menyelam, saya tidak pasti apa sebenarnya yang berlaku. Dia (pengajar) kerap menyentuh bahagian belakang saya dan ketika itu saya fikir mungkin dia meminta saya bergerak ke depan. 

"Saya tahu ada yang tidak kena apabila tangannya secara perlahan-lahan menuju ke bahagian tengah," kata mangsa. 

Seorang lagi mangsa mendakwa, lelaki itu memegang tangannya sebelum menyentuh payudaranya. Selepas selesai sesi menyelam, jelas sekali lelaki itu sengaja melakukannya. 

"Dia terus menyentuh payudara saya beberapa kali," kata mangsa. 

Ekoran kejadian itu, dua mangsa terbabit membuat aduan terhadap agensi berkenaan dan selepas disiasat, pengajar terbabit didapati sengaja mengambil kesempatan terhadap mangsa. 

Kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan kes itu dengan bayaran pampasan sebanyak RM3,000. Malangnya, mereka tidak pernah menerima satu sen pun selepas mereka pulang ke China. 

Insiden itu mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial yang melabelkan negara di Asia Tenggara tidak selamat. 

Pakar penyelam juga menasihatkan pelancong untuk memakai pakaian yang kurang menonjolkan aurat ketika menyelam bagi melindungi diri dari pengajar miang. 

Sumber: World of Buzz