'Jaga anak awak dulu, tak payah sibuk hal anak saya' - Aliff Syukri sekolahkan netizen isu rotan anak


Individu ini sentiasa menjadi perhatian netizen. Bukan sahaja perniagaannya, malahan kehidupan dia dan keluarganya menjadi buah mulut netizen. Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri tidak pernah sunyi dikaitkan dengan isu kontroversi. Biarpun ada sesetengah netizen mengatakan itu adalah cara  beliau ingin melonjakkan produk keluarannya di pasaran, namun netizen berpendapat isu seperti itu tidak dijadikan sebagai tontonan umum.

Baru-baru ini, Aliff berkongsikan video beliau merotan anak perempuannya, Qadejah kerana dikatakan membuka tudung di depan tetamu lelaki. Walaupun tegas, beliau tetap menyapu ubat dan memujuk Qadejah yang sedang menangis. Susulan dari video tersebut, ada sesetengah netizen memuji tindakan tegas Aliff Syukri dan tidak kurang juga yang menyelar perbuatan itu.
Kerana kritikan tersebut juga, Aliff Syukri memberikan penjelasan kepada netizen.



“Saya buat mesti ada sebab. Jaga anak perempuan zaman sekarang kena lebih takut tengok keadaan semasa dalam mendidik anak saya ada cara saya. Kadang-kadang pelik la orang yang sibuk cara kita didik anak.”

Menerusi entri di Instagram (IG), Aliff menjelaskan dia mahu yang terbaik untuk anaknya dan tahu cara terbaik dalam memberikan didikkan kepada mereka.

"Jaga anak awak dulu, tak payah sibuk hal anak saya. Saya ni memanglah mulut laser kuat membebel tapi saya ni tak bodoh tau. Saya sayang anak saya sendiri.”

"Saya ni dah la jahil, jahat, bukan orang baik, sekolah pun bodoh. Takkan saya nak anak saya ikut perangai buruk saya. Saya nak anak yang terbaik. Kalaulah korang nak tau mak saya jauh lebih garang. Dulu mak saya ni pukul dengan getah paip, pijak, lepang, semua cukup pakej sebab tu saya jadi sampai hari ni menghargai erti kehidupan.”

“Orang-orang dulu ni memang didik anak ada cara mereka, saya pilih didik anak cara lama yang nak ikut zaman terpulang la sebab esok-esok kalau anak saya tak elok saya juga yang dipersalahkan bukan korang," tulisnya.



jaga anak awak dulu x payah sebuk hal anak saya.. . . saya ni mmg lah mulut laser kuat membebel tapi saya ni x bodoh tau sy syg anak sy sendiri...sy buat mesti ada sebab...jaga anak perempuan zaman skrg kena lebih takut tngok keadaan semasa......dalam mendidik anak saya ada cara saya..kadang2 pelik la org yg sibuk cara kita didik anak...saya ni dah la jahil...jahat.....bukan orang baik,sekolah pun bodoh...takkan saya nak anak saya ikut perangai buruk saya....saya nak anak yg terbaik.. . klau lah korang nak tau mak saya jauh lebih garang... Dulu mak saya ni pukul sgn getah paip, pijak,lepang, semua ckup pakej... sbb tu sy jadi sampai hari ni menghargai erti kehidupan... orang2 dulu ni mmg didik anak ada cara mereka,saya pilih didik anak cara lama,yg nak ikut zaman terpulang la.....sebab esok2 kalau anak saya tak elok saya juga yg dipersalahkan bukan korang..πŸ˜… sila komen dibawah pandangan korang jaga anak pulak...
A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Di Twitter pula, rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan yang dibuat oleh Aliff Syukri. Seorang pengguna Twitter, Jaja berkongsikan asuhan yang ditonjolkan oleh ibu bapanya. Perkongsian darinya membuatkan netizen tersentuh dengan layanan dan asuhan bapanya.

“Let me share my parents punya parenting skill. Aku anak perempuan. Pernah je kena libas dan rotan. Bukan dengan babah. My ummi did that. Selama 24 tahun aku jadi anak, babah tak ada naik tangan kecuali aku kena sound berbaur nasihat.”



Gadis ini pernah bertanyakan pada bapanya kenapa bapanya tidak pernah memukulnya malahan melayannya dengan lembut walaupun dia mengetahui bapanya adalah seorang guru disiplin yang garang di sekolah. Rakan-rakannya juga membuat andaian dia kerap dipukul di rumah. Tetapi perkara yang berlaku sebaliknya, rakan-rakan terkejut mendengar jawapannya.

"Kaklong adalah anak perempuan yg bakal jadi seorang ibu dan seorang isteri suatu hari nanti. Babah sayang sangat arwah tok (emak babah) dan ummi"

“Anak perempuan perlu dibela dengan baik tapi ada ketegasan. Sebab babah dapat kasih seorang ibu dan isteri dengan cukup, babah bagi rasa tu pada anak perempuan juga," kata bapanya.

“Di sebalik lembut babah, ada ketegasan tapi tak "menyakitkan". Babah ambil pendekatan dengan cara two-way communication. Nasihat anak perempuan penuh hikmah.

“Aku pernah rosakkan printer dia baru beli. Ink tertumpah dalam system board. Cuai. Babah cut duit belanja makan. Di sebalik lembut babah, ada ketegasan tapi tak "menyakitkan". Babah ambil pendekatan dengan cara two-way communication. Nasihat anak perempuan penuh hikmah.

“Bertentangan dengan ummi. Walaupun hubungan kami anak beranak sangat rapat, tapi ummi lah yg rotan dan libas sampai berbirat badan aku. Setiap kali ummi nak rotan aku, babah mesti chaw pergi tempat lain. Babah tak nak tengok. Babah jugalah yang beli cream dan pass kat ummi.

“Apa yg aku nak emphasize kat sini adalah cara babah. Babah buka kan mata aku untuk "nampak" peranan sebenar seorang "lelaki". Lelaki yg baik adalah sebaik-baik PELINDUNG seorang perempuan. Lelaki yg baik sentiasa MEMBANTU seorang perempuan untuk mendewasakan diri,” tulis gadis ini menerusi Twitter.