'Kalau (PH) dah bangang sangat, serahkan Putrajaya kepada BN' - Najib


Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menggelar Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebagai bangang kerana tidak mampu mentadbir negara, lapor MalaysiaKini

Ahli Parlimen Pekan itu juga menggelar PH sebagai 'Kerajaan Kencing Rakyat' turut menggesa PH menyerahkan semula Putrajaya kepada Barisan Nasional (BN) daripada kerap menyalahkan BN. 

"Selepas 11 bulan, rakyat hari ini menyedari bahawa PH sudah kencing, rakyat kena tipu dan bohong. Mereka asyik salahkan BN sahaja. 

"Kalau dah bangang sangat, serahkan saja (pentadbiran negara) kepada BN. Jangan salahkan BN. 

"Kamu diberi 11 bulan, apa kamu buat?" soal Najib di majlis ceramah di Bandar Ekar Rantau, malam tadi. 

Najib turut meluahkan rasa pelik kerana hutang negara semakin bertambah walaupun Putrajaya menjual aset-aset negara dan menganggap tindakan kerajaan itu seperti mencalarkan maruah Malaysia. 

"Saya dituduh perompak dan pencuri, tetapi di zaman saya, rakyat sangat lebih tenang berbanding sekarang," katanya. 

Sumber: MalaysiaKini
Loading...