'Kanser dah merebak ke otak, akak takut tak sempat tengok anak kahwin lepas raya'


Sayu hati memandang, sayu lagi hati keluarga yang melihat keadaan isteri dan juga ibu mereka yang menderita kanser paru-paru tahap empat. Apatah lagi doktor mengatakan rawatan kimoterapi yang berbaki lagi empat terpaksa dihentikan kerana bimbang tulang temulangnya hancur. 

Seorang individu yang prihatin dengan nasib Roshaya Isnin, ini memaklumkan, dia ternampak komen wanita terbabit di Instagram seorang artis wanita yang terpaksa meminta sumbangan dari orang ramai bagi membiayai kos rawatan perubatannya. 

Difahamkan, Roshaya telah menghentikan semua rawatan dan kini hanya bergantung dengan ubat tahan sakit sementara masih menunggu ehsan orang awam memberi sumbangan agar dia dapat meneruskan rawatan secara tradisional atau dengan pihak swasta. 

"Akak kanser paru-paru stage 4, semua rawatan hospital dihentikan termasuk kimoterapi yang berbaki lagi empat kali. 

"Doktor syorkan saya buat EKS yang hanya ada di hospital swasta, mesin canggih untuk melihat sel-sel kanser yang berharga hampir RM7,000 untuk sekali imbasan. 

"Akak punya kanser dah merebak ke otak dan menyebabkan akak lumpuh dan kerap diserang sawan. Akak hanya dibekalkan ubat tahan sakit kepala sahaja. 

"Akak nak mencuba rawatan alternatif cara tradisional tetapi sudah tentu kosnya sangat tinggi. Sebab itulah akak memohon sumbangan agar akak dapat meneruskan rawatan. 
"Kalau boleh, akak nak buat rawatan EKS yang hanya ada di hospital swasta. Ia seperti mesin pengimbas kanser untuk mengetahui dengan lebih terperinci dan rawatan yang bersesuaian untuk merawat kanser akak. Tapi bayarannya mencecah RM10,000. 

"Ini nombor telefon suami kalau ada apa-apa pertanyaan, 014-2772903, Mohd Hafizi Mohd Yusof dan nombor akaun bank akak 151463325545 (Maybank) Roshaya Isnin," katanya. 



allah menduga tanpa henti..dugaan yg tlalu pahit perit unt ku trima..tapi dia lebih mgetahui sgala2nya..allahuakbar perasaan ini hanya allah yg tahu apabila mdgar apa yg doc pakar kanser dr lim katakan berkenaan pekembangan.kanserku hanya air mata deras mgalir..sunyi sepi bilik seketika hanya esak tangis ku sja yg kedegaran dan jua usapan lembut dibahu oleh suamiku yg setia dicc..prasaan yg xsama sewaktu mula2 aku disahkan ka ser .waktu itu aku begitu tabah menerimanya..tapi kali.ini aku tewas setewasnya..sempat aku bertanya mgapa aku diduga begini hebat..tapi aku cpt beristifar agar xtpesong akidahku..puan kita tpaksa hentikan semua rawatan ke atas puan hasil pemeriksaan mnujukn ada perubahan pd ketumbuhan diparu2 tapi memandangkn kondisi puan kita tpaksa hemtikn kimo kerna ia boleh myebabkn tulang2 puan hancur dan mdtgkn masalah.hanya ada satu rawatan di hospital swasta tapi kosnya agak tinggi..apa nama rawatan pun aku xingat..doc berpesan enjoy your life carilah altenatif lain diluar jga pemakanan carilah ubt diluar kerna didlm hospital ini tiada lagi yg boleh kami.lakukan..aku cuba unt tabah setabah2 nya..bengkak mata mnagis..bila sampai rumah nmpak.brg2 perkahwinan ank ku slps raya ini..allah akubtrus terduduk mnahan pilu dihati sampaikah aku masa itu nanti..alangkn kos rawatan hospital.shaja aku perlu meminta sumbangan apatahlagi rawatan diluar hospital..allah bantulah hamba mu ini..aku xnk.mati aku nk idop.lebih lama lagi😭😭😭bantulah aku wahai sahabat wahai allah ringanknlh bebanku permudahkanlh urusanku..bantulah aku dng doa2 bantulah aku dng keuwangan kerna aku sndiri xtau bagaimana langkahnku esk.hari..dan hari2 seterusnya..maybank 151463325545 @ bsn 011172900213546 roshaya isnin..bantulah aku agar aku dpt mnikmati bulan ramadan walaupun unt kali yg terakhir.. 😭😭😭😭
A post shared by Roshaya isnin (@amyroshaya) on