'Kau tetak kucing aku guna parang!'


Alangkah terkejutnya seorang wanita apabila mendapati kucing peliharaannya mengalami kecederaan parah akibat ditetak oleh individu yang tidak bertanggungjawab, 

Menurut Noni Yusof, dia percaya kucingnya telah ditetak dengan menggunakan parang sehingga menyebabkan luka yang dalam di bahagian lehernya. 

"Macam babi gila kau buat kucing aku macam ni. Kau tetak-tetak guna parang," katanya. 


Meskipun tidak mengetahui individu mana yang berbuat demikian, Noni telah membawa kucingnya untuk dirawat dan menerima kira-kira 10 jahitan. 

"Doakan si tompok cepat sihat ya. Doakan baik-baik untuk si pelaku, semoga si pelaku cepat berubah menjadi baik selepas ini," katanya. 
Loading...