Laman Facebook hina YDPA disekat


Baru-baru ini sebuah laman Facebook bernama Sabah-Sarawak Merdeka memuat naik gambar dan kapsyen yang jelas sekali menghina Yang di-Pertuan Agong (YPDA) sehingga menimbulkan kemarahan netizen di media sosial. 

Laporan polis dan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga telah dibuat, selain itu netizen juga telah melaporkan laman itu kepada Facebook agar tindakan segera dapat diambil. 

Semakan mendapati, laman Facebook berkenaan sudah tiada di dalam pencarian dan dipercayai telah disekat oleh Facebook. 

Terdahulu, pengendali Facebook itu memuat naik gambar YDPA Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang telah diubahsuai dengan kapsyen provokasi dan menghina. 

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelar tindakan pihak terbabit yang disifatkan sebagai melampau dan mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menyiasat kes itu dan mengambil tindakan tegas terhadap pengendali laman itu.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyalahgunakan media sosial untuk membuat provokasi atau posting yang sengaja menyakiti pihak lain atau berdepan dengan tindakan undang-undang. 
Loading...