Lelaki dibelasah kerana tak bayar hutang RM200 sejak tahun lepas


Seorang lelaki berusia 35 tahun dibelasah sehingga parah oleh empat individu kerana hutang RM200 yang tidak dibayar sejak tahun lalu, lapor Sinar Harian

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3:00 petang semalam, mangsa mengalami patah kedua-dua tulang pipi dan bengkak, serta luka di seluruh badan. 

Sebelum kejadian itu berlaku, mangsa berada berhampiran Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong dan didatangi empat lelaki di mana dua daripadanya dikenali oleh mangsa. 

Tanpa memperkenalkan diri, empat suspek terus membelasah mangsa tanpa memberitahu sebab musabab mereka berbuat demikian. 

Mangsa yang tidak mampu melawan hanya bertahan ketika dibelasah sebelum ditinggalkan dalam keadaan lemah dan cedera di lokasi kejadian. 

Bagaimanapun, mangsa bernasib baik kerana abang iparnya yang secara kebetulan lalu di kawasan itu terus membantu membawanya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk mendapatkan rawatan. 

Mangsa yakin dan percaya kejadian itu berlaku disebabkan hutangnya berjumlah RM200 yang dipinjam pada tahun lalu masih belum dibayar. 

Bimbang dengan keselamatan diri, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Batu Rakit, Kuala Nerus. 

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisionr Abdul Rahim Md Din mengesahkan menerima laporan berkenaan.
Loading...