Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Makcik tuntut harta arwah anak dari menantu, ikut Islam' - Balu 3 anak baru kehilangan suami, keluarga arwah suami mula berebut harta

0

Isteri baru kehilangan suaminya, namun keluarga pihak suami pula sudah mula berebut harta peninggalan arwah tanpa memikirkan si menantu yang masih berduka kehilangan tempat bergantung. Alasan mereka, mahu menuntut hak mengikut Islam. 

Kisah masyarakat yang dikongsikan oleh Normaliza Mahadi membuatkan ramai netizen kesal dengan tindakan keluarga pihak lelaki. Semoga dijauhkan dari perkara seperti ini dari keluarga kita. Jadikan sebagai pengajaran. 

ANAK lelaki meninggal, tinggal kereta dan rumah. Menantu tak bekerja, ada tiga orang anak dan semuanya masih kecil. 

Memanglah jadi harta pusaka dan boleh dibahagikan. Hanya soalnya, siapa yang betul-betul nak tanggung balu itu dan anak-anaknya selepas semua harta itu diambil dan dibahagikan? Sanggup ke tengok menantu dan anak-anak buah itu meminta-minta untuk makan? 

Tak payahlah direbutkan kereta dan rumah itu. Tak ada perasaan kasihan dan simpati kepada orang-orang yang kehilangan tempat bergantung? Direbut-rebut juga harta itu. 

Tapi masa orang itu sakit, nak menghulur RM5 pun tidak. Meninggal hartanya direbutkan. Kasihan balu tiga orang anak itu. 

PERKEMBANGAN TERKINI

Makcik: "Menantu makcik ke yang menelefon puan tu?"

NM: "Ntah, kenapa? Makcik ada menantu yang kena macam ni ke?"

Makcik: "A'ah, anak makcik baru meninggal. Kami ni sekeluarga puan, hanya nakkan hak. Islam yang suruh, bukan kami pandai-pandai. Makcik ikut saja."

NM: "Ooo, tapi betullah makcik, kita kena ikut Islam. Saya sokong makcik, anak-anak makcik dan semua orang yang menuntut harta itu."

Makcik: "Terima kasihlah puan faham. Macam makcik katalah, makcik ikut Islam."

NM: "Iya makcik, saya faham. Oh ya! RM3,000 sebulan ni nanti saya akan kutip daripada makcik lah ya."

Makcik: "RM3,000 apa ya puan? Eh? Kena bayar ke makcik telefon ni?" 

NM: "Tak, telefon ini percuma. Saya ni ikut Islam makcik. Saya tak caj orang susah. RM3,000 ini untuk menantu dan cucu makcik." 
  • RM800 sewa rumah
  • RM400 bayar kereta
  • RM900 makan tiga cucu
  • RM200 perubatan cucu
  • RM300 jalan-kalan sebulan
  • RM400 untuk sekolah cucu
  • Jumlah keseluruhannya RM3,000

"Inilah yang makcik dan pakcik sekeluarga kena tanggung sebab ikut Islam selepas anak lelaki meninggal dunia, isteri dan cucu-cucu adalah tanggungan keluarga lelaki itu. Kita mengikut Islam makcik, semua perkara. Saya suka makcik sebab makcik ikut Islam."

Makcik: "Eh?! Manalah kami mampu, makcik rasa salah macam ni. Menganiaya keluarga pihak lelaki pula." 

TREETTTTTT! 

NM: "Makcik!? Makcik? Makcik?" dah terputus pula talian ini. 

Kisah Masyarakat by Normaliza Mahadi

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram