'Malaysia tarik diri dari Statut Rome kerana...' - PM


Malaysia menarik diri daripada menyertai Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang telah dimeterai negara, kerana rakyat mudah terpesong dengan perasaan dan emosi, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, lapor MalaysiaKini

Untuk pengetahuan umum, ICC hanya membicarakan empat jenayah utama antarabangsa iaitu pembunuhan beramai-ramai (genocide), jenayah terhadap kemanusiaan, jenayah perang dan jenayah pencerobohan. 

"Kami menarik balik penyertaan dalam perjanjian itu kerana rakyat mudah terpesong dengan perasaan dan emosi," katanya. 

Terdahulu, Dr Mahathir menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad di Istana Negara di Kuala Lumpur unuk berbincang mengenai perkara itu yang menjadi kontroversi selepas Menteri Luar Saifuddin Abdullah mendedahkan Malaysia telah menandatangani dokumen perjanjian penyertaan Statut Rome. 

Bagaimanapun, Sultan Johor dan puteranya pula bertitah bahawa persetujuan perjanjian itu melanggar hak Perlembagaan Persekutuan kerana ia akan memberi kesan terhadap institusi beraja, hak-hak Melayu dan kesucian Islam di negara ini. 
Loading...