Sahruddin Jamal angkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor


Dr. Sahruddin Jamal mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor di hadapan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini (14 April). 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong itu menerima watikah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam upacara yang berlangsung di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene.

Berangkat sama, DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Dr. Sahruddin, 43, menggantikan Dato’ Osman Sapian yang telah meletakan jawatan. Beliau sebelum ini menyandang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor.

Loading...