Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Saya ada cerita saya sendiri' - PU Abu enggan ulas lanjut tindakan ceraikan isteri demi janda

0

Bekas isteri seorang pendakwah bebas, Ain Afini, mendakwa dia telah diceraikan talak satu oleh suaminya, Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, bekas peserta program Pencetus Ummah (PU) ketika hamil tujuh bulan, semata-mata mahu bernikah dengan seorang janda. 

Menurut Ain, Abu melafazkan talak itu pada 13 Mac lalu melalui WhatsApp.

Difahamkan, Abu sebelum itu pernah meminta Ain untuk bersetuju membenarkan dia berpoligami tetapi Ain enggan berbuat demikian kerana rumah tangga mereka baru saja berusia dua bulan. 

Pada 13 Mac 2019, saya dilepaskan dan ditinggalkan oleh bekas suami saya Pencetus Ummah Abu Sufyan kerana beliau memilih untuk bernikah dengan seorang janda bernama Hana Azraa. 

"PU Abu meminta saya bersetuju untuk berpoligami selepas dua bulan bernikah tetapi saya menolak kerana perkahwinan kami masih terlalu awal. 

"Saya meminta dia memilih sama ada isteri dan anak atau wanita tersebut. Jadi, dia memilih untuk meninggalkan saya dan anak yang dikandung ini," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Instagram. 

Jelas Ain, dia sudah cuba untuk merahsiakan perkara itu tetapi Abu secara buka memuat naik gambarnya bersama pasangan baru di Instagram. 

"Saya sudah cuba untuk menutup mulut dan tidak menghebahkan kepada orang, walaupun sudah ramai yang mengesyaki perkara ini. Namun, mereka sendiri yang membuka aib di Instagram masing-masing," katanya. 

Ain memaklumkan, dia enggan membesarkan hal itu kerana ia membabitkan maruah keluarga dan dibimbangi akan menjejaskan emosinya untuk bersalin dan berpantang kelak. Namun Ain akan membawa kes itu ke mahkamah sebaik habis tempoh berpantang. 





Sementara itu Abu meminta semua pihak bersabar dan memberi ruang kepadanya untuk memberi penjelasan mengenai perkara itu.

Ditanya mengenai dakwaan Ain, Abu sekadar menjawab, "Kenyataan Ain sudah menjawab" yang membawa maksud dakwaan itu adalah benar. 

Akan tetapi, Abu menegaskan dia juga mempunyai ceritanya sendiri tetapi tidak mahu mendedahkannya kerana tidak mahu memperbesarkan hal itu. 

"Memang ada (penjelasan) daripada pihak saya. Saya ada cerita saya sendiri.

"Saya tak nak besarkan lagi. Kalau tidak, saya ni samalah dengan bekas isteri saya kan?" katanya. 

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram