Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Saya nak tutup pagar dah ni! Nak solat, janganlah menyusahkan orang!'

0

"Husnudzon, mungkin dia nak tengok Anugerah Meletop #AME2019," demikian kata netizen mengulas mengenai  thread viral yang mendakwa seorang lelaki menghalau anak-anak muda yang bersolat di masjid. 

Ramai netizen yang meluahkan rasa geram dan terkejut mereka terhadap tindakan lelaki berusia lewat 50 itu yang dianggap tidak wajar. Walaupun mungkin beliau ada urusan kecemasan, tidak sepatutnya memarahi dan menghalau orang yang datang bersolat di masjid itu. 

TAK pernah seumur hidup aku rasa nak maki orang tua. Tetapi pakcik tua ini memang patut kena. Aku tengah solat, dia tutup lampu, tutup kipas. Bagi salam saja, dia terus cakap,

"Cepat sikit, saya nak tutup pintu"

Eh sabarlah kejap, aku telekung pun tak cabut lagi, terus dia masuk tarik pintu. 

Jemaah baru siap selawat solat isya, terus keluar. Aku lambat sikit sebab ke toilet dulu. Lepas itu aku keluar dari pintu tepi padahal kasut di depan. Call Razy minta tolong hantarkan kasut. Sementara menunggu Razy itu, ada orang masuk dalam tandas.

Dia tutup lampu sambil cakap, "Cepat sikit, nak tutup pagar ni!". Dia macam dah marah. Aku dengar lagi rasa nak marah. 

Kasut dah sampai, aku berjalan ke depan. Tengok Yusri tengah solat lagi kat luar masjid. Pakcik itu dah naik motosikal ke pagar. Aku dengar Razy pakai jaket, helmet, sementara tunggu Yusri. 

Tiba-tiba pakcik itu datang balik, marah kitorang dan suruh cepat. Razy jawab elok-elok, ada orang tengah solat.

"Saya nak tutup pagar dah ni!" katanya sambil menjerit. 

"Dah tu? Takkan kitorang tak payah solat!" aku jerit balik. 

"Nak solat, janganlah menyusahkan orang!" 

Dehek! Kitorang bukan melepak. Yusri mesti solat tak tenang sebab bising. Kemudian pakcik itu membebel sambil blah ke pagar. Kitorang terus gerak tunggu Yusri di luar. 

Kemudian aku ambil gambar, nampak Yusri on the way keluar. Dia duk kalut. Si Yusri ini pun dengan sopannya tanya pakcik itu. 

"Pakcik nak pergi mana ni?" 

"APEHEI?!" 

OMG! Tak sempat aku nak mengamuk, Razy dah mengamuk dulu. 

"Susahlah macam ni, kalau nak balik awal, tak payah pegang kunci masjid!" kata Razy. 

"Kau nak tunjuk samseng eh?" soal pakcik itu. 

"Tak kisahlah samseng ke tak, orang nak solat je," kata Razy. 

"Ah, takde.. takde," dia membebel apa lagi aku tak dengar sambil dia blah dari situ. 

Nasib dia tua je, kitorang tak melebih. Itulah aku kata nak solat di RNR saja, tapi Yusri nak pergi masjid, solat awal waktu sebab dia budak pondok. So tak apalah. Lagipun benda baik.

To the old brag, sebab orang-orang macam kaulah anak-anak muda tak mengimarahkan masjid. Solat tunggang tunggik pun tak guna kalau kau tak meraikan orang lain yang nak solat. Kau pegang kunci masjid je, bukan kunci syurga. 

By the way, aku tweet sambil atas motosikal sebab bengang sangat. Penang - Kuala Lumpur. Exit Ipoh semata-mata nak pergi masjid tau. Hahahaha! 

Sumber: Khairunnisa

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram