Suami dibelasah kerana tak puji isterinya cantik


Seorang wanita didakwa memukul suaminya hanya kerana mangsa tidak memberi respon apabila ditanya oleh suspek adakah dia cantik, lapor Daily Mail

Lizeth Guadalupe Ramirez, 20, ari Loredo, Texas, ditahan selepas polis menerima laporan dari mangsa pada malam Selasa lalu. 

Ketika disoal siasat, suspek mendakwa mangsa telah menyerang dan cuba mencekiknya. Namun, mangsa memberi keterangan yang berbeza dengan suspek. 

Menurut mangsa, Ramireze mengamuk terhadapnya ketika mereka menonton wayang, di mana dia tidak memberi respon terhadap soalan suspek yang bertanya adakah dia cantik.

Mangsa berkata, dia tidak mendengar soalan dari suspek ketika itu. Dalam perjalanan pulang, Ramirez mula memukulnya beberapa kali. 

Setibanya di rumah, suspek menyerang mangsa sekali lagi apabila ahli keluarga lain cuba menghalang suspek dari terus bertindak keterlaluan. Malangnya, ahli keluarga terbabit turut diserang. 

Ramirez didakwa dengan dua pertuduhan iaitu menyerang dan melakukan keganasan rumah tangga. Ramirez dibebaskan dari tahanan pada Khamis lalu dengan bon jaminan $16,000. 
Loading...