'Tak jumpa pun VU School of Management di Switzerland' - Netizen syak Azizan Osman menipu lagi


Susulan laporan berita yang melaporkan Mentor Keusahawanan Dr Azizan Osman berjaya memperoleh Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan (DBA) dari VU School of Management, Switzerland, tampil beberapa pihak mempertikaikan kesahihannya sekali lagi. 

Hanif Yahaya, melalui Facebooknya memaklumkan usahanya mencari lokasi institut pengajian berkenaan tetapi tidak dapat ditemui.


TAHNIAH Azizan Osman kerana mendapat Doctorate in Business Administration (DBA) dari VU School of Management, Switzerland

Setelah Universiti Malaysia menafikan memberi Ijazah PhD Kehormat, akhirnya beliau berjaya juga dapat PhD DBA ni

Pada mulanya aku sangka ia adalah Victoria University di Melbourne, Australia. Rupanya bukan. Nama seakan-akan sama. DBA yang dia dapat adalah dari VU School of Management di Switzerland. Maklumlah, singkatan universiti ni sama iaitu VU

Pergh, Switzerland beb

Aku pun google university ni. Aku terkejut dengan hasil carian. Domain laman web nya adalah www(dot)vubs.(dot)ch. Perkara pertama dicari adalah dimana terletak lokasi universiti


Dapat je alamat universiti tu, terus cari di Google Map dan Google Earth. Carian di google Avenue adalah sebuah stesen bas. Kemudian aku click lah VU ni, dia tunjuk bangunan sebelah stesen bas

Yang aku pelik adalah bangunan tiada papan tanda. Yang ada papan tanda direktori kecil di pintu masuk. Apa paling mengejutkan adalah tiada langsung VU ni. Yang ada hanyalah pejabat-pejabat seperti Neuch√Ętel Trade Center dan lain-lain. Ada sebuah pejabat kelihatan lambang VU tapi bila tengok baik-baik ia berbeza

Aku pun cuba lah juga tengok bangunan bertentangan. Bangunan tu adalah IHTTI School of Hotel & Design Management. Bukan VU pun





Kecewa tak jumpa. Aku pun cubalah cari pula guna alamat di Republic of China. Ni lagi hampeh sebab tak jumpa langsung bangunan di cari. Semua dah cuba seperti google search, google map dan Google Earth

Aduh, kecewa sebab tak jumpa. Kalau korang ada jumpa, acu cuba tinggalkan komen hasil carian korang di ruang komen.

Sumber: Hanif Yahaya