Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Tak perlu minta izin, arwah benarkan saya nyanyi lagu dia' - Syafiq Farhain

0

Sebelum ini, isteri kepada Allahyarham Saleem, Julia Bachok, menegaskan mana-mana individu atau pihak yang mahu menyanyikan lagu Saleem haruslah meminta keizinan darinya atau berdepan dengan tindakan undang-undang. 

Julia yang menegaskan dia sudah hampir 30 tahun dalam industri hiburan mengetahui selok belok perkara itu. Julia berbuat demikian kerana dia masih ada anak yang perlu disara selain memerlukan duit untuk menyara kehidupannya. 

Bagaimanapun hari ini, anak kandung Allahyarham Saleem, Nursyafiq Farhain A M Salim, 25, berkata, dia tidak perlu meminta izin untuk menyanyikan lagu penyanyi lagenda itu kerana bapanya tidak pernah menghalang dia dari berbuat demikian. 

Menurut Syafiq, dia tetap akan menyanyi lagu arwah bapanya sekiranya mendapat permintaan daripada pihak penganjur persembahan. 

"Apa masalahnya jika saya menyanyikan lagu arwah bapa? Orang panggil saya buat persembahan, dia nak dengar saya nyanyi. Semestinya mereka ada permintaan untuk lagu tertentu. Kalau mereka nak saya nyanyikan lagu arwah, saya akan nyanyi saja. 

"Dalam perkara ini tidak perlu nak minta izin pun. Kalau nak tahu, sebelum saya menandatangani kontrak menjadi penyanyi, arwah benarkan saya nyanyi lagu dia. 

"Saya ingat lagi dia cakap, lagi bagus saya nyanyi sebab orang boleh ingat lagunya. 

"Kata-kata itu saya pegang sampai sekarang. Malah setiap kali saya bertemu arwah, dia tidak pernah pun larang saya daripada menyanyikan lagunya," katanya. 

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN:

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram