'Tak serik ke asyik tewas kepada negara jiran?' - Syed Saddiq jelaskan kenapa dia usaha bawa BTS ke Malaysia


"Tak serik ke kita asyik tewas kepada Singapura, Thailand dan sekarang ini, juga di tangan Indonesia dan Vietnam? Saya nak ubah trend ini," demikian kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang memberi penjelasan mengenai usahanya untuk membawa masuk kumpulan K-Pop BTS ke Malaysia bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM 2020).

Menurut Syed, suatu ketika dahulu, Malaysia sering dipilih menjadi destinasi utama untuk penganjuran pelbagai aktiviti seperti persidangan, konsert  peringkat antarabangsa yang mampu menarik minat pelancong luar datang ke negara. 

Memetik contoh negara jiran, Singapura, yang menjadi pilihan Coldplay dan BTS sebagai destinasi, penjualan tiket habis dijual kurang dari tempoh 4 jam.

"Berpuluh ribu pelancong luar datang ke Singapura dan Singapura juga yang dapat 'multiplier effet' in tourism. The eyes of the world were on Singapore, not Malaysia. 

"Kenapa saya bicarakan soal ini? Perbadanan Stadium Malaysia kini dikendalikan oleh Professionals, bukan sahaja lantikan politik. Dahulu kita rugi dalam RM20 juta setahun, waima fasiliti kita di antara yang terbaik di Asia. Kini, selepas rundingan kontrak-kontrak berat sebelah dan setelah saya melantik board of directors yang baru, we are finally on-track to make our very first profit!

"Lihat sahaja bagaimana Stadium Wembley dikendalikan. Bukan sahaja untuk tujuan bola sepak, tetapi sebagai iconic space yang disewa dan digunapakai oleh semua. Concerts, conferences and many more ensure that they always make a profit. Kalau tak dimanfaatkan, bagaimana kita nak raih dana berjumlah puluhan juta untuk penyelenggaraan aset aset kita?

"Baru-baru ini, kita berjaya membawa Ed Sheeran untuk perform di Stadium Bukit Jalil. Penuh stadium! Orang Singapura dan Indonesia pun turun ke Malaysia. Stadium dan peralatan disewa dan peniaga-peniaga kecil juga dapat nikmatnya. Sama juga semasa Tokti (Datuk Siti Nurhaliza) perform di Axiata Arena, penuh dan ramai yang dapat nikmatnya.

"Di Korea Selatan, USA, Jepun, Indonesia, pun mereka jemput artis luar untuk datang, adakah ia bermaksud mereka tidak menghargai artis tempatan mereka? We must dare to think outside of the box.

"Saya tidak mahu Malaysia untuk jadi kedua atau ketiga dalam pilihan destinasi, Saya mahu Malaysia menjadi pilihan nombor 1," katanya.



Tak serik ke kita asyik tewas ke Singapura, Thailand & sekarang ini, juga di tangan Indonesia & Vietnam. . Saya nak ubah trend ini. . Dahulu, Malaysia sentiasa dipilih sebagai destinasi utama bagi conferences peringkat antarabangsa & international concerts yang menarik minta banyak pelancong luar. . Lihat sahaja di Singapura. Apabila Coldplay & BTS memilih Singapura sebagai destinasi pilihan, Stadium Nasional mereka penuh & tiket habis terjual kurang dari 4jam. Berpuluh ribu pelancong luar datang ke Singapura & Singapura juga yang dapat “multiplier effect” in tourism. The eyes of the world were on Singapore, not Malaysia. . Kenapa saya bicarakan soal ini? Perbadanan Stadium Malaysia kini dikendalikan oleh Professionals, bukan sahaja lantikan politik. Dahulu, kita rugi dalam ~RM20 juta setahun, waima fascilities kita di antara yang terbaik di Asia. Kini, selepas rundingan kontrak kontrak berat sebelah & setelah saya melantik board of directors yang baru, we are finally on-track to make our very first Profit! . Lihat sahaja bagaimana Wembley Stadium dikendalikan. Bukan sahaja untuk tujuan bola sepak, tetapi sebagai iconic space yang disewa & digunapakai oleh semua. Concerts, conferences and many more ensure that they always make a profit. Kalau tak dimanfaatkan, bagaimana kita nak raih dana berjumlah puluhan juta untuk penyelenggaraan aset aset kita? . Baru baru ini, kita berjaya membawa Ed Sheeran untuk perform di Stadium Bukit Jalil. Penuh stadium! Orang Singapura & Indonesia pun turun ke Malaysia. Stadium dan peralatan disewa dan peniaga peniaga kecil juga dapat nikmatnya. Sama juga semasa Tokti perform di Axiata Arena, penuh dan ramai yang dapat nikmatnya. . Di Korea Selatan, USA, Jepun, Indonesia, pun mereka jemput artis luar untuk datang, adakah ia bermaksud mereka tidak menghargai artis tempatan mereka? We must dare to think outside of the box. . Saya tidak mahu Malaysia untuk jadi 2nd, 3rd destination of choice. I want Malaysia to be NUMBER 1. *Syed Saddiq*
A post shared by Fit Malaysia | Syed Saddiq (@syedsaddiq) on

LAPORAN BERKAITAN: