(Video) 'Alhamdulillah, kini sudah setahun saya bergelar seorang Muslim' - Michael Ang


Pengakuan  dari pengarah dan penerbit popular tersebut itu sudah pasti mengejutkan ramai pihak. Michael Ang berkongsikan pengakuan tersebut menerusi sebuah video eksklusif yang dimuat naik di saluran YouTube Official Ria X. 

"Sejujurnya, selama saya mendalami agama Islam, masih ada banyak perkara yang saya harus pelajari. Dan untuk saya mulakan untuk tunaikan solat Jumaat, rasanya lebih baik saya berterus terang dari orang melihat saya di masjid dan memperkatakan hal ini. 

"Saya juga tidak mahu perkara ini diperbesarkan kerana perkara ini antara saya dan Allah. Doakan sahaja saya kekal di jalan ini dan saya alu-alukan segala tunjuk ajar.

"Semoga kita semua menjadi yang terbaik di mata Allah," katanya yang masih mengekalkan nama asal Michael Ang Hai Swee biarpun sudah memeluk Islam.

Sebelum ini, pelbagai spekulasi timbul mengenai status Michael apabila dia dikatakan sudah bergelar mualaf semenjak dia mula belajar berpuasa pada Ramadan tahun lalu. 

Pengakuan Michael itu diiringi dengan ucapan tahniah oleh rakan-rakan artis dan juga netizen di Instagram. Michael juga memuatnaik kaligrafi Allahuakbar di Instagram miliknya.