(Video) 'Baru jual 5-6 cup dah kena tutup, pasai depa (peniaga lama) tak puas hati'


Viral di media sosial video seorang peniaga terpaksa menutup gerainya yang menjual air kelapa berikutan tindakan peniaga lama yang didakwa menghalau mereka dari lokasi itu. 

Video yang dimuat naik Penang Kini itu semalam menerima banyak reaksi netizen yang mengecam tindakan peniaga terbabit menganiaya peniaga baru. 

Difahamkan, kejadian itu berlaku di tepi lebuhraya di depan Masjid Jamek Seberang Jaya dan ketika itu, Abdul Matiin baru sahaja berniaga dan menjual 5-6 cawan air kelapa kepada pelanggan sebelum dihalau salah seorang peniaga lama di kawasan itu. 

"Baru-baru ini saya nampak ada tapak kosong di sebelah bus stop tepi Jalan Masjid Seberang Jaya. Saya tahu ada peniaga di situ tapi saya tak duduk di tempat niaga makcik itu. Saya duduk di sebelah tempat dia niaga.

"Tapi sayangnya makcik itu kata dia nak park van dia di situ. Makcik itu okey saja, cakap baik-baik. Tetapi pakcik yang berada di sebelah sana tu marah-marah dan cakap saya datang buat semak di situ. 

"Dia cakap saya kacau tempat diorang berniaga. 

"Jadi saya pun tak nak bermasam muka dan bergaduh oleh kerana saya muda dan sikap hormat itu masih ada. Saya tutup gerai dengan reda dan rela hati. 

"Kebetulan ada seorang pembeli nak membeli yang merakam video. Saya tak tahu ia sampai masuk ke sini. 


"Saya bukan nak buat kecoh, cuma saya berharap peniaga-peniaga lain perlu percaya rezeki Allah luas dan ada di mana-mana. Saya berharap peniaga lain dapat membantu sesama saudara muslim," katanya. 

Sementara itu netizen pula meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan peniaga lama yang dianggap naik kepala seperti takut kepada persaingan. 



Sumber: Penang Kini