(Video) Dah langgar, terus lari...


Viral di media sosial video sebuah kereta Mercedes Benz sengaja melanggar Perodua Alza sehingga menyebabkannya terbabas di tepi jalan 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3 petang di Jalan Persiaran Senawang 1, Seremban, Ahad lalu, dua wanita yang berada dalam Perodua Alza itu cedera selepas kereta mereka merempuh pokok dan masuk longkang. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Rosli Ishak berkata, dua mangsa yang berada di tempat duduk penumpang hadapan dan belakang cedera di bahagian kaki dan badan, manakala pemandu dan seorang lagi penumpang selamat. 

Ketika kejadian, Perodua Alza yang dipandu lelaki berusia 35 tahun itu menuju ke Kuala Pilah dari Senawang. 

Bagaimanapun, Mercedes Benz yang dipandu wanita berusia 25 tahun itu cuba memotong Alza dari sebelah kanan lalu menghimpitnya menyebabkan Alza terbabit terbabas ke sebelah kiri. 




Pemandu Mercedes itu tidak memberhentikan kenderaannya, sebaliknya terus meninggalkan tempat kejadian.

Kedua-dua pemandu telah membuat laporan polis dan pemandu wanita itu sudah ditahan semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.




Sumber: Harian Metro
Loading...