Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Video itu hanya gurauan biasa' - Hairul Azreen

0

Pelakon Hairul Azreen mempertahankan tindakannya memuat naik video gurauan yang ditujukan kepada isterinya, Hanis Zalikha, tidak keterlaluan seperti yang didakwa netizen. 

Walaupun dikecam hebat oleh netizen, Hairul tidak mahu terlalu memikirkannya kerana apa yang dilakukannya itu hanya sekadar gurauan untuk menggembirakan isterinya. 

"Bagi saya video tersebut biasa sahaja dan ia hanyalah gurauan yang biasa lakukan dengan niat untuk menggembirakan isteri. 

"Kebetulan ketika itu saya sibuk dengan penggambaran dan selama dua minggu tidak berada di rumah. Jadi saya bergurau begitu untuk meluahkan rasa rindu pada dia dan anak. 

"Bila dapat tahu ia tular dan mendapat kecaman, saya tidak tahu nak respon macam mana. Saya hanya gelak sahaja kerana bagi saya ia memang tak ada apa-apa," katanya memetik laporan dari Sinar Harian

Jelas Hairul, itu adalah cara dia bergurau dengan isterinya dan tidak mungkin dia dapat menggembirakan hati semua orang. Malah katanya, Hanis tiada masalah dengan video gurauan itu kerana Hanis lebih memahami dirinya. 

"Kami berdua memang tiada masalah pun tentang perkara itu dan saya tak faham bila orang kaitkan dengan maruah isteri dan sebagainya. Terpulangkan apa orang nak cakap, itu hak mereka.

"Apa yang saya tahu, saya jaga dan cuba bahagiakan anak isteri saya dengan sebaiknya. Saya yang cari duit untuk keluarga saya. Kalau netizen yang bagi saya duit belanja, bolehlah saya ikut cakap mereka," tegasnya. 

Hairul juga menafikan dirinya tidak matang, kerana dia sememangnya jenis yang suka bergurau sejak dari dulu lagi. Namun pada waktu bekerja, dia memberi tumpuan penuh dan serius. 
LAPORAN BERKAITAN:

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram