(Video) 'Orang tu cari rezeki, kau ragut'


Rantai emas seorang wanita diragut lelaki yang berpura-pura bertanyakan sesuatu dalam kejadian yang berlaku pada petang semalam di Sungkai, Perak. 

Berdasarkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mangsa terdahulu dilihat sedang mengalihkan barang di luar premis. 

Tiga suspek yang menaiki motosikal kemudian menghampiri mangsa dan salah seorang suspek turun dan berpura-pura bertanyakan sesuatu pada mangsa. 

Ketika mangsa sedang leka, suspek terus meragut rantai di lehernya sebelum memecut lari meninggalkan mangsa. 

Seorang lelaki dan mangsa cuba mengejar suspek namun gagal.

Loading...