(Video) Penunggang motosikal tak berhelmet, potong di garisan berkembar, kemalangan


Seorang penunggang motosikal wanita cedera selepas motosikalnya bertembung dengan motosikal lain ketika memotong di jalan garisan berkembar. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 5.47 petang Isnin di Seberang Jaya, Pulau Pinang, sempat dirakam dashcam kereta saksi. 

Berdasarkan video tersebut, mangsa yang tidak memakai topi keledar dilihat cuba memotong kereta saksi di jalan garisan berkembar, tetapi bergesel dengan sebuah motosikal dari arah depan. 

Mangsa yang hilang kawalan lalu terjatuh dan bergolek beberapa kali serta kakinya ditimpa motosikalnya sendiri. 

Saksi nyaris terlanggar mangsa, namun sempat memberhentikan kenderaannya sebelum keluar dari kereta melihat keadaan mangsa yang dikerumuni beberapa orang awam yang mengangkat mangsa ke tepi jalan. 


Menurut saksi, dia hampir dituduh melanggar mangsa tetapi mujur penunggang motosikal yang bergesel dengan mangsa tadi berpatah balik dan menjelaskan kejadian sebenar. 

Tidak diketahui keadaan mangsa yang terkini, namun orang ramai terutamanya penunggang motosikal dinasihatkan tidak menunggang secara berbahaya dan patuhi undang-undang jalan raya bagi mengelakkan kemalangan berlaku.
Loading...