Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Wanita mati disengat lipan ketika cuba menyelamatkan kucingnya

0

Seorang wanita berusia 54 tahun meninggal dunia akibat disengat serangga berbisa ketika cuba melindungi haiwan kesayangannya, lapor Kapook

Dalam kejadian yang berlaku pada tengah malam Sabtu lalu di Nakhon Pathom, Thailand, mangsa, Chutikan, bimbang kucingnya disengat lipan lalu bertindak memijak serangga itu. 

Malangnya, lipan itu bertindak balas lalu menggigit kaki kanannya. Chutikan kemudian mengambil kayu dan memukul serangga itu sehingga mati. 

Tidak beberapa lama kemudian, mangsa mengadu sakit di bahagian kakinya dan meminta anak saudara membawanya ke hospital. 


Doktor kemudian memberi dua suntikan dan ubat untuk dimakan di rumah. 

Apabila pulang ke rumah, mangsa mengadu kakinya semakin sakit dan luka di kakinya bengkak dan lebam. Sehingga pagi keesokan harinya ketika anak saudara memanggil mangsa keluar makan, tiada respon yang diterima. 

Sebaik saja membuka pintu bilik, dia mendapati mangsa sudah meninggal dunia. 

Tidak diketahui punca sebenar tetapi keluarga mangsa percaya Chutikan meninggal dunia disebabkan sengatan lipan itu. 


Mayat mangsa dihantar ke pihak forensik di Hospital Siriraj untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematiannya. 

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram