'Ala bukan boleh kaya pun guna muka you!' - Chef Wan suruh anak saman peniaga karipap biadab


Baru sebentar tadi Chef Wan memuat naik luahan ketidakpuasan hatinya terhadap seorang peniaga bazar yang menyalahgunakan wajah anak perempuannya bagi melariskan jualan karipap. 

Menurut Chef Wan, perkara itu diketahui oleh Serina ketika berkunjung di Bazar Ramadan di Kelanan Jaya, Melawati dan Damansara Jaya. 

Teguran sudah dibuat, malangnya peniaga terbabit dengan biadabnya membalas teguran itu. 

"Serina beritahu saya yang perempuan ini telah menyalahgunakan gambar dia untuk melariskan karipap dia di Pasar Ramadan di Kelana Jaya, Melawati dan Damansara Jaya.

"Apabila Serina terserempak dengan dia dan tegur dia supaya jangan menggunakan gambar Serina, dia jawab dengan biadab sekali. 

"Ala bukan boleh kaya pun menggunakan muka you!" 

"Punyalah kurang ajar sikap beliau ini. Tak malu ke? Dah la bukan Ramadan mencari rezeki yang haram eksploitasikan nama orang lain! Apa nak jadi tak tahu malu ke muka tu?

"Jika saya ditegur, cepat-cepat saya turunkan gambar-gambar itu. Saya beritahu Serina buat laporan polis dan dapatkan peguam untuk saman dia habis-habisan. Saya akan bayar kos guamannya.

"Just to show all this idiots tidak sesuka hati memperdagangkan nama selebriti untuk melariskan jualan mereka! Otak memang letak bawah lutut. 

"Dengar cerita bukan baru lagi, dah bertahun buat kerja macam ni! 

"If any of you see that banner, do not support her and teach her abit of honesty and integrity!" katanya. 



Serina told me that this lady have been abusing gambar my daughter untuk melaris kan Karipap dia di Pasar Ramadan di Kelana Jaya, Melawati dan Damansara Jaya. Apabila Serina terserempak dengan dia dan tegur dia supaya jangan mengunakan Gambar Serina dia jawab dengan biadap sekali " Ala bukan boleh kaya pun menguna muka u!" Punya la kurang ajar sikap beliau ini. Tak malu ke dah la bulan Ramadan mencari rezeki yg haram exploitasi kan nama orang lain! Apa nak jadi tak tahu malu ke muka tu? Jika saya di tegur cepat saya turun kan gambar2 tu. I told Rina make a police report and get a lawyer and sue her habis2an! I will pay for the legal fee! Just to show all this idiots tidak sesuka hati memperdagangan kan nama celebrity untuk melaris kan jualan mereka! Otak memang letak bawah lutut. Dengar cerita bukan baru lagi dah bertahun buat kerja mcm ni! If any of u see that banner do not support her and teach her abit of honesty and integrity!
A post shared by chef wan (@_chefwan58) on

Sumber: IG Chef Wan