Alat sulit remaja 16 tahun tersekat dalam lubang paip besi


Padah masukkan alat sulit dalam lubang paip besi, remaja lelaki berusia 16 tahun menanggung kesakitan kira-kira sejam. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 10 malam Selasa di kediamannya, mangsa gagal mengeluarkan alat sulitnya yang tersekat dalam besi paip tersebut. 

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, pihaknya menerima pangilan kecemasan berhubung kejadian itu lalu bergegas ke kediaman mangsa. 

Sebaik tiba di lokasi, mereka mendapati alat sulit mangsa tersekat dalam lubang paip besi sepanjang enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter. 

Bomba terpaksa memotong paip besi itu sebelum cuba mengeluarkannya tetapi gagal berbuat demikian lalu membawa mangsa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah. 

Dengan kepakaran pihak hospital, alat sulit mangsa berjaya dikeluarkan dari lubang paip itu. 

Alat sulit mangsa mengalami bengkak dan luka kecil. 

Sementara itu menurut seorang netizen yang mengetahui kejadian itu berkata, besi itu ditemui dalam tong sampah sebelum mangsa melakukan kerja yang tidak senonoh itu. 

"Tak silap semalam, dalam jam 11 lebih bomba datang. Hujan selebat-lebat dia boleh buat projek paip pula kat tong sampah. Yang penting bukan orang Melayu kita okey. Haha," kata Shahzana Othman.


Sumber: Sinar Harian