Bayi meninggal dunia akibat jangkitan bakteria selepas disentuh tetamu tak basuh tangan selepas pergi ke tandas


Seorang ibu berkongsi gambar terakhir keluarganya bersama dengan bayinya yang kelihatan sihat beberapa jam sebelum anak kecil itu meninggal dunia disebabkan jangkitan yang tidak dapat dikesan. 

Menurut Emily Vandenbrouck berkata, sebelum itu dia dan keluarganya menghadiri sebuah majlis mengumpul dana untuk saudaranya Ogos lalu di mana Fleur Edwards yang baru berusia 13 minggu dicium dan disentuh oleh ramai orang. 

Vandenbrouck berkata, anaknya itu tidak mengalami masalah untuk makan pada malam itu dan kelihatan cerita sebelum tidur. 

"Suhu badannya normal. Tiada sebarang tanda-tanda yang menunjukkan dia tidak sihat. Dia tidur dengan lena," kataya. 

Bagaimanapun pasangannya, Ashley Edwards menyedari mangsa tidak bangun seperti biasa dan memberi bantuan pernafasan kepada Fleur. 

Selepas dibedah siasat, Fleur disahkan positif Group B Streptococcus (GBS), iaitu sejenias jangkitan bakteria yang ditemui pada 25 peratus di bahagian vagina dan rektum wanita dewasa dan kebiasaan ia tidak menunjukkan sebarang simptom. 

"Fleur disentuh dan dicium oleh ramai orang pada hari itu. Mungkin ada orang yang menyentuhnya tidak mencuci tangan selepas pergi ke tandas," katanya. 

Sumber: Fox News