'Bella, saya minta maaf, saya sekadar bergambar sahaja' - Nismell


Terlambat atau tidak, gadis yang dikaitkan dengan penyanyi Aliff Aziz, Nismell tampil bersumpah bahawa dia tidak melakukan apa-apa pada hari gambar kontroversi itu dirakam. 

"Sumpah demi Allah, Aliff tidak buat apa-apa dengan saya. Kami sekadar mengambil gambar di sebuah parti. Ramai lagi gadis pada waktu itu," tegasnya, memetik laporan dari Utusan Online hari ini. 

Menurut Nismell, dia berkongsi gambar itu dengan kawannya, tetapi tidak menyangka gambar itu viral di media sosial dan mengundang kecaman netizen. 

"Sedih sangat bila orang kutuk dan kecam. Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya. Tak tahu hendak mengadu kepada siapa. Keluarga? Mereka pun seperti tidak mahu ambil tahu. 

"Saya cuba untuk berubah, tapi bila kena kecam macam itu, saya terlalu tertekan. Tak berhenti menangis. Masyarakat tak faham. Tanya tuan badan sebelum bercakap," katanya dengan nada sebak. 

Nismell juga memaklumkan, dia ada menghubungi Bella Astillah untuk meminta maaf kerana menjadi punca Bella dan Aliff berpisah. 

"Saya ada menghantar pesanan kepada Bella di Instagram, tapi dia tak baca lagi. Saya tahu Aliff suami orang, takkan saya nak buat benda tak elok dengan dia. 

"Bella, saya minta maaf. Saya sekadar bergambar sahaja," katanya. 

Sumber: Utusan Online