Berang ditipu bakal suami kononnya staff syarikat minyak, pengantin perempuan batalkan perkahwinan


Orang selalu menasihatkan, siasat latar belakang lelaki yang ingin dijadikan sebagai suami agar tidak menyesal di kemudian hari. 

Namun ada sesetengah orang tidak menerima nasihat itu kerana sudah terlalu mabuk bercinta sehingga apa yang diberitahu oleh pasangan dipercayai bulat-bulat.

Baru-baru ini viral di media sosial pengantin perempuan berlari keluar dari gereja setelah mendapati bakal suaminya itu bukan pekerja syarikat minyak. 

Difahamkan, pasangan itu berkenalan melalui satu aplikasi online dating. Si lelaki memaklumkan dia bekerja di sebuah syarikat minyak, Chevron. 

Mereka berdua kemudian menjalinkan hubungan dan tidak beberapa lama selepas itu merancang untuk menghalalkan hubungan mereka. 

Malangnya, tembelang lelaki itu terbongkar ketika majlis perkahwinan mereka yang diadakan di sebuah gereja di mana lelaki itu bukanlah kakitangan syarikat minyak. 


Kecewa dengan perkara itu, pengantin perempuan terus keluar dari gereja dan teman lelakinya mengejar dan cuba memujuknya. 

Semakan di internet mendapati, kejadian itu dipercayai berlaku pada Ogos 2016. Terdapat pelbagai versi cerita mengenai gambar tular itu namun tidak dipastikan kesahihannya. 

Sementara itu di media sosial, netizen menganggap perempuan itu terlalu materialistik kerana hanya mahu bersama lelaki terbabit atas status pekerjaannya sebagai kakitangan syarikat minyak. 

Tidak kurang juga netizen menyokong tindakan perempuan berkenaan untuk menarik diri berbanding ditipu lebih banyak lagi di masa akan datang dan sudah tentu sikap suami seperti itu tidak akan membahagiakan rumah tangga. 

Sumber: Google