'Bila masa aku lepak dengan Aliff?' - Remaja 17 tahun nafi kenal Aliff Aziz, namun gambar mereka mula tersebar di media sosial


Pernah dilanda kontroversi sebelum ini sehingga melukakan hati dan perasaan isterinya, bagaikan tidak serik, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz sekali lagi dikaitkan dengan kontroversi terbaru bersama dengan remaja perempuan berusia 17 tahun. 

Berdasarkan gambar-gambar yang mula tersebar di media sosial itu mendakwa remaja terbabit yang dikenali sebagai Nismell merakam gambarnya bersama Aliff yang tidak memakai baju.

Bagaimanapun, Nismell menafikan dakwaan itu di Instastory dan menegaskan dia tidak mengenali Aliff Aziz. Sedangkan jelas terpapar di Instagram yang menunjukkan Aliff menjadi salah seorang followersnya. 



Difahamkan, isteri Aliff iaitu Bella Astillah juga telah dimaklumkan mengenai perkara itu. 


Dalam satu video yang dikongsikan menunjukkan Nismell merakam individu yang dipercayai Aliff ada bersama dengannya dalam bilik hotel. 



Menyedari perkara itu mula tersebar, Nismell mendakwa dia telah dianiaya hanya kerana hutangnya masih belum dilangsaikan. Malah dia menegaskan orang luar tidak tahu cerita sebenar dan usah memandai-mandai membuat tuduhan.

"Wey, kau nak kutip hutang janganlah sampai viral gambar aku. Macam takde otak je. Korang tak tahu cerita, jangan lebih.

"Baik kau delete gambar tu. Kau memang takde otak lah. P*****k betullah. Aku baik-baik dengan kau, pastu kau pijak kepala aku. Dah dah, kau tu lah sos macam sial," katanya.

Sementara itu di Instagram Bella, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan dan ramai netizen meminta dia bertabah serta mendoakan yang terbaik untuk Bella.