BMW kantoi masuk Malaysia guna plat palsu, siap kena saman AES


Tindakan seorang lelaki warga Singapura menggunakan nombor pendaftaran palsu di Malaysia, mengundang kecaman netizen. 

Menurut laman Facebook Oh! Media, pemandu kereta jenis BMW itu masuk ke negara ini menggunakan nombor pendaftaran milik kenderaan lain, Hyundai Elantra. 

"Hasil pemeriksaan plate yang dia gunakan itu siap kena saman AES lagi. Nak balik, baru tukar plate asal. 

"Tak pasal-pasal pedajal orang negara dia sendiri," kata sumber. 

Sementara itu, netizen menggesa pihak berkuasa di negara ini bertindak tegas terhadap warga Singapura yang jelas sekali mencabar undang-undang. 




"Kerajaan Malaysia lemah, sita saja kenderaan yang tukar nombor plate. Biar diorang merasa pergi Malaysia naik BMW, balik Singapura naik bas," kata netizen.