Cemburu, lelaki tikam suami baru bekas isterinya sehingga mati


Ahad 26 Mei, lelaki berusia 45 tahun ditahan kerana menikam suami baru kepada bekas isterinya sehingga mati. 

Suspek turut didakwa mencederakan bekas isterinya ketika pasangan itu sedang tidur dalam kejadian yang berlaku di kediaman mereka di Sa Kaew, Thailand. 

Suspek yang dikenali sebagai Thongdee Surakhan mengaku kepada polis bahawa dia melakukan jenayah itu kerana dipengaruhi perasaan cemburu. 

Suspek didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh. 

Difahamkan, suspek memecah masuk rumah saudara kepada bekas isterinya di Tambon Wattana Nakhon kira-kira jam 1 pagi dan terus menyerang pasangan itu yang sedang tidur.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Phromma Chaiyan, 50, dan Praiwan Surakhan, 44. Phromma mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di hospital, manakala Praiwan hanya mengalami luka sahaja.

Sumber: World of Buzz