'Ewww! Geli weh!' - Remaja cabar netizen letak lipas di muka


20 April lalu, seorang remaja lelaki dari Myanmar, Alex Aung, membuat cabaran yang mungkin akan membuatkan anda terasa jijik apabila 'serangga' yang adakalanya digelar sebagai 'babi' itu diletakkan di muka. 

Alex mencabar netizen meletakkan lipas di muka dan merakam gambar melakukan aksi tersebut. 

Sehingga kini, post tersebut telah dikongsi lebih dari 18,000 kali dan ada netizen yang tampil berkongsikan gambar diri mereka menyahut cabaran itu. 

Antaranya yang menyahut cabaran itu remaja dari Myanmar, Filipina dan Indonesia dan kesemua gambar membuatkan netizen rasa geli dan jijik. 





Mujur di Malaysia tiada individu yang berani menyahut cabaran itu. 

Sumber: Says.com