Ibu bapa pasang CCTV dalam bilik, elak anak melakukan zina dengan tangan


Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun di Atlanta, Amerika Syarikat, terdahulu memuat naik persoalan di laman Reddit mengenai tindakan ibu bapanya memasang kamera litar tertutup (CCTV) di dalam bilik bagi menghalangnya dari melancap (melakukan zina dengan tangan). 

Menceritakan semula kejadian itu, bapanya telah masuk ke bilik tanpa mengetuk pintu dan menjerit selepas mendapati dia sedang melancap. 

"Mak dan ayah tidak membenarkan saya 'sentuh' diri saya," katanya. 


Remaja itu juga mendakwa, CCTV turut dipasang di dalam bilik mandi. Dia hanya menyedari perkara itu selepas ternampak bungkusan dari syarikat Amazon dihantar ke rumahnya dan di dalamnya mengandungi CCTV. 

Ibu bapanya memaklumkan, mereka akan memantau dia melalui peranti itu setiap hari bagi memastikan dia tidak berbuat demikian. 

Namun tindakan pasangan itu membuatkan remaja itu kurang selesa tetapi bapanya berkata dia telah berjanji dengan mereka bahawa dia tidak akan melakukannya lagi. 

Lapor The Sun, pasangan itu menentang sebarang bentuk aktiviti seksual pra perkahwinan dan juga menghalang anak mereka dari mengambil bahagian dalam pendidik seks di sekolah.