'Ini berita palsu! Saya bersumpah akaun IG saya telah dihacked malam tadi' - PU Abu nafi laporan media nikah janda di Thailand


Semalam media melaporkan Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan mengesahkan dia telah bernikah dengan janda anak satu, Hana Azraa di sempadan Thailand 2 Mei lalu dan tidak menafikan dakwaan jika ada yang melihatnya di lokasi tersebut. 

Menurut Abu, dia bukanlah hipokrit, tetapi apa yang penting hubungannya dengan isteri baru sudah halal dan telah bersedia sekiranya netizen mahu memboikot mereka. 

"Yang beri rezeki pada kami itu bukan kalian. Berhenti DM saya dengan segala tohmahan dan hinaan. Bukan saya seorang sahaja yang berbuat demikian. Sila jaga kain masing-masing bulan puasa ni. Terima kasih," kata kenyataan yang dimuat naik melalui Instastory. 



Terdahulu, seorang netizen yang tidak mahu identitinya didedahkan memaklumkan ternampak Abu bersama seorang wanita di Satun, Thailand pada 2 Mei lalu. 

Menurut Oh Bulan!, Abu dan Hana telah memuat naik gambar di Instatory 'Officialy' dan 'Alhamdulillah' seolah-olah memberikan bayangan hubungan mereka telah dihalalkan. 


Bagaimanapun, Abu tampil menafikan laporan berita dari mStar dan mendakwa berita itu palsu serta akaun Instagramnya telah digogam. 

"Ini adalah berita palsu! Story yang dimuat naik pada Instagram saya semalam adalah bukan dari saya. Instagram saya telah dihacked oleh 'seseorang'. Cukuplah menabur fitnah pada saya. 

"Penikahan saya dan Hana Azraa adalah di bawah pengetahuan keluarga kami berdua. Tolong jangan sebar berita palsu pada bulan mulia ini. 


"Saya bersumpah atas nama Allah bahawa akaun saya telah dihacked pada jam 12.03 malam tadi. Saya mohon para netizen berhenti sebarkan berita tersebut. Saya tak nak cerita ini berterusan," katanya. 

"Kecam boleh, tapi jangan sebarkan berita itu. Selesai menjawab tuduhan. Selebihnya kita jumpa di mahkamah Allah guys," tambahnya lagi.