Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Kaki dia terkena sup panas dalam plastik, terus melecur camni'

0

Apabila mempunyai anak kecil, seratus peratus tumpuan harus diberikan kepadanya bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Bilik air, dapur, pekakasan elektrik antara tempat dan barangan larangan untuk bayi atau kanak-kanak kecil. Tidak kurang juga, makanan-makanan panas juga perlu diletakkan jauh dari mereka.

Seperti kisah wanita ini, dia tidak menyangka tangisan anak kecilnya itu merupakan tangisan yang menahan kesakitan. Kaki anaknya terlanggar plastik yang mengandungi bihun sup panas. Kesannya, kaki anaknya terus melecur.

HARI NI baru ada kekuatan nak bercerita. Pada 27 Mac 2019, Haffaz Musa bin Hazman, second degree burn. Ibu tak sangka sangat. 

Pada malam tu, pergi ke pasar malam, pakai baby carrier. Lepas tu beli bihun sup. Masa tengah pegang tu, tiba-tiba Haffaz Musa menjerit. Masa tu dah agak plastik sup terlanggar kaki kot then terus bagi dekat ummi (my aunty). 

Lepas tu jalan macam biasa pergi beli kuih neram. Masa tengah beli dia merengek. Pelik. Dah kenapa? Sekali angkat berkedut-kedut dah kaki dia kena sup panas dalam plastik. Bukan pecah atau tumpah terkena kaki dia, terus melecur macam ni. 


Ya Allah masa tu ibu punya perasaan, Tuhan saja yang tahu, menangis-nangis sama naik dengan anak sampai orang suruh bertenang. Macam mana nak bertenang sebab jadi dekat anak sendiri. Sebab rasa diri bersalah sangat. Tiga hari tak makan sebab tak ada selera.

I’m so restless, sadness and desperate on that 3 days. Couldn’t accept this happen to my son and it’s my fault. Sorry Haffaz Musa, ibu tak sengaja sangat-sangat. 

Langkah pertama jika melecur sebenarnya kena alirkan ke air paip di kawasan yang melecur selama 15 minit atau rendamkan untuk mengurangkan rasa panas dan bengkak. Jangan letakkan ais.

Jika kawasan sudah sejuk sapukan aloevera (optional lain jika di rumah) atau ssd cream atau antibiotic yang dibenarkan (order by doctor).






Alhamdulilah pada  28 Mac 2019, wound totaly kering. Sebulan kaki berbalut dengan payah nak mandi, nak basuh berak. Tiap minggu pergi jumpa surgeon sebab followup kaki dia teralih aquacell sebab dia nak meniarap merangkak. Lepas tu tengah nak tukar rinkiplastis, dia boleh cabut aquacell yang doktor Lee tampal tu tanpa nangis. Ibu dah berdebar dah. 

Lepas ni berhati-hati pergi pasar malam sambil pegang makanan tu, bahaya ada di mana mana. Apa-apa yang panas memang trauma sangat. 

Terima kasih Dr Lee, Kak Lin Dr Lee melayan tca, nilam, A&E staff, suria tolong masa dalam klinik, Haris KMC, KMC staff, Koni & Alya datang tengok masa dekat, A&E staff, Zamrud team and my family sebab tolong dan ada di kala perlu. And my agen Ariff hantar sampai bilik siap . 

Jadi sekarang ni siapa tahu nak pakai apa untuk pudarkan parut kalau boleh hilangkan parut lagi bagus. Ibu need help. 

Alhamdulilah dari awal kena dengan berbalut sampailah sekarang dah ok Haffaz Musa sangat aktif dah siap merangkak merata  lagi. Happy mum.

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram