Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Lelaki maut terkena renjatan elektrik dari 'extension wire'

0

Seorang lelaki berusia 22 tahun ditemui mati akibat terkena renjatan elektrik di kediamannya. 

Pihak Polis di Nakhon Ratchasima menerima panggilan dari orang awam yang memaklumkan ada seorang lelaki mati terkena renjatan elektrik, lalu mengarahkan sepasukan polis bersama unit penyelamat pergi ke lokasi kejadian. 

Apabila di lokasi, mereka mendapati mangsa, Theerawat Khingsungnern, 22, yang terbaring tidak bernyawa dengan 'extension wire' masih berada di tangannya.

Saksi pertama yang menemui mayat mangsa, Udon, yang juga merupakan bapa saudara mangsa berkata, Theerawat menyewa kediaman itu bersama ibunya yang bekerja menjual sayur di pasar berhampiran. 


Bagaimanapun pada hari kejadian, Theerawat tidak keluar membantu ibunya. Sehinggalah pada waktu malam, Udon pergi ke rumah itu dan memanggil nama mangsa, tetapi tiada jawapan serta pintu rumah juga berkunci. 

Curiga dengan keadaan itu, Udon kemudian membuka pintu itu secara paksa sebelum mendapati Theerawat terbaring di lantai dalam keadaan tidak sedarkan diri. 


Setelah diperiksa, Udon mendapati Theerawat sudah tidak bernyawa berdasarkan kesan terbakar di jarinya yang masih memegang 'extension wire', lalu menghubungi pihak berkuasa. 

Siasatan mendapati, mangsa dipercayai telah meninggal dunia kira-kira 3-5 jam dan punca kematian mangsa dipercayai akibat terkena renjatan elektrik sama ada ketika mangsa cuba menyambung kabel pengecas pada telefon bimbit pada 'extension wire' sehingga jarinya terputus akibat renjatan itu. 

Mayat mangsa dibawa ke hospital Pak Chong untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya. 


Menurut ibu mangsa, Saengdao, Theerawat seorang anak yang baik, rajin membantu ibu bapanya sejak dari usia kanak-kanak. Namun tidak menyangka anaknya akan pergi dengan cara seperti itu. 

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram