Maut dibelasah kerana rakam & simpan gambar bogel isteri rakan


Seorang lelaki maut dibelasah kerana didakwa memiliki dan menyimpan gambar bogel isteri rakannya. 

Dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu di sebuah rumah di Bandar Baru Sungai Buloh, mangsa dipukul oleh beberapa individu yang tidak dikenali sehingga tidak sedarkan diri. 

Bapa mangsa kemudian menghubungi Mers999 untuk meminta bantuan dan anggota kereta peronda (MPV) dan pihak Hospital Sungai Buloh bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa telah meninggal dunia. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, siasatan awal pihaknya mendapati mangsa berusia 27 tahun itu dibelasah kerana memiliki gambar bogel isteri suspek dan menyimpannya di dalam telefon bimbit. 

"Sebelum kejadian, mangsa telah datang ke tempat kejadian setelah dipanggil oleh isteri kepada suspek ke rumahnya untuk mendapatkan maklumat berkenaan gambar bogel tersebut. 

"Sampai di sana, mangsa disyaki telah dipukul menggunakan rotan oleh empat suspsk terdiri daripada tiga lelaki serta seorang wanita. 

"Siasatan juga mendapati mangsa adalah rakan kepada suami wanit terbabit, telah mengambil gambar bogel ketika wanita itu sedang mandi. 

"Mangsa dikatakan mengugut wanita itu agar mengikut kehendaknya jika tidak mahu gambar itu disebarkan," katanya. 

Empat suspek telah ditahan termasuk pasangan suami isteri terbabit pada hari kejadian. 

Kesemua suspek berusia 26 tahun hingga 36 tahun itu direman sehingga Jumaat ini untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Sumber: Sinar Harian